Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES

Jumat, 28 Februari 2014

November 08, 2012

Penentangan terhadap AES kini datang daripada akar umbi Umno. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).
Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.
aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh penyokong Umno tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.

Dalam tulisan terbaru, penulis blog tersebut memasukkan dua gambar – salah satunya jalan raya utama Gambang-Maran di Kuantan yang terdedah kepada kemalangan, dan satu lagi lebuh raya utama ke Putrajaya.

Jalan di Gambang-Maran tidak mempunyai kamera AES dipasang akan tetapi kamera kelajuan itu dipasang di lebuhraya Putrajaya.
“Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.
“Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?” 

Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.
Beberapa ahli politik BN juga bimbang isu ini akan menjadi bahan kempen besar bagi pembangkang dalam pilihan raya akan datang dan menuntut kerajaan supaya menangguhkan AES.
Pada awal minggu ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai penentangan terhadap AES.
“Kita perlu mengkaji (AES) ... adalah pelaksanaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak? Seolah-olah ia hanya berorientasikan keuntungan. Itu yang sedang dipertikaikan,” katanya awal minggu ini.

Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.
Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki tinjauan sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.
Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.
PR mengatakan syarikat berkait MCA dan Umno yang mendapat projek ini akan tetapi telah dinafikan.

selengkapnya

Read More..

Lawatan Rosmah jemputan peribadi TPM lulus guna jet

Kamis, 27 Februari 2014


 

Malaysiakini  Nov 20 2013
VIDEO l 6:48 minit
Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menemani isteri perdana menteri dalam lawatan ke Qatar menggunakan jet eksekutif swasta menjelaskan bahawa jemputan itu disampaikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kapasiti peribadinya dan bukan sebagai wakil kerajaan.

"Jemputan itu dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi," jelas Azalina sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah petang tadi.

Bagaimanapun, tegas Azalina, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukan suami Rosmah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read More..

Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

Rabu, 26 Februari 2014


Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia: Golongan belia yang berusia diantara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berkonsepkan siapa cepat dia dapat dan hanya 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.
Menurut Mohamed Sharil lagi, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
sumber
Read More..

Pendaratan Penyu Di Pantai Terengganu Tinggi

Selasa, 25 Februari 2014


DUNGUN – Pendaratan penyu di pantai Terengganu, terutamanya di kawasan rezab Jabatan Perikanan agak tinggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di sini melaporkan dalam tempoh tersebut jumlah pendaratan penyu telah meningkat kepada 5,022 pendaratan.

“Sebelum ini jabatan itu cuma menerima antara 3,000 dan 4,000 pendaratan setahun,” demikian menurut laporan pusat tersebut di sini hari ini.

Laporan itu menyatakan pantai Geliga Kemaman mencatatkan pendaratan paling tinggi iaitu 1,704 diikuti Pulau Redang (1,374) dan Mak Simpan (1,048) pendaratan dan data ini tidak termasuk kawasan pajakan.

Selain itu Ma’Daerah juga mencatatkan pendaratan (243), Cakar Hutan (235), Ru Kudung (27), Rantau Abang (73), Pulau Perhentian (318) dan Mak Pekit (satu) pendaratan.

Mengenai program penetasan dan pelepasan penyu, laporan itu menyebut, pada tahun ini program tersebut diteruskan dengan kira-kira 402,932 biji telur diramkan dan daripada jumlah itu 242,772 biji berjaya menetas.

Laporan itu berkata pengeraman paling tinggi dibuat ialah di kawasan pantai Geliga melibatkan telur sebanyak 155,882 dan menetas 106,106 biji dan Mak Simpan 95,996 biji dan menetas 34,816 biji dan Mak Kapit 83,586 biji dan menetas 64,123 biji. – BERNAMA
Read More..

Robot robot masa depan

Senin, 24 Februari 2014































Read More..

14 AJK UMNO Kalabakan Letak Jawatan

Minggu, 23 Februari 2014


TAWAU – Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.

Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.

“Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati,” katanya pada sidang berita di sini hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.

Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

Sementara itu bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya telah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.

“Jika boleh, sebelum 19 Okt ini dan pemilihan semula diadakan secara adil,” kata Hamisa.

Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.

Wanita Kalabakan, katanya, mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lepas.

“Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan telah pulang dan tidak sempat mengundi,” dakwanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.

“Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku,” dakwa Hamisa.

Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak setelah menghantar bantahan, meminta anggota Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti. — Bernama
Read More..

Cristiano Ronaldo Beri kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin Di Kecam Israel

Sabtu, 22 Februari 2014

Sunday, September 23, 2012


 


Read More..

Awan Pelik Di Uruguay

Jumat, 21 Februari 2014


awan yang pelik

Read More..

CIRI CIRI WANITA TERGOLONG AHLI NERAKA

Kamis, 20 Februari 2014


Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.

Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.


Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.



“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.


“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.




“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian dihulurkan ular dan kalajengking.



“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.


“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.


“Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Rasulullah S.A.W.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;


“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.


“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.


“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.


“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.


“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan tidak mahu mandi wajib.


“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
Read More..

Demi Lovato Sambut Hari Lahir Di Afrika

Rabu, 19 Februari 2014


Pada usia yang masih muda, penyanyi dan pelakon remaja popular, Demi Lavota sanggup mengetepikan dunia glamornya demi menjalani misi kebajikan di Afrika.

Bintang siri popular Barney and Friends ini, sanggup terbang ke Afrika demi membantu masyarakat di sana.

Menerusi laman mikronya, Lavota turut memuat naik beberapa keping gambarnya sepanjang menjadi sukarelawan di negara itu.

Lebih mengejutkan, dia turut berkongsi gambar sambutan hari lahirnya yang ke-21 bersama penduduk di sana. Tanpa pakaian berjenama mahupun solekan tebal, pelantun lagu Heart Attack’ ini jelas kelihatan gembira. – Sinar Harian
Read More..

Kekejaman tentera Mesir dikutuk seluruh dunia

Selasa, 18 Februari 2014


Himpunan Munajat

Himpunan Munajat

Himpunan Munajat

Himpunan Munajat

Himpunan Munajat

RAKYAT Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. 

Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. 

Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. 

Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang. 

Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku. 

Hidup rakyat, hancur Sisi antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan. 
Read More..

Koki Terkaya Di Dunia

Senin, 17 Februari 2014

Hari-hari ini, tayangan masak-memasak yang dipandu oleh koki-koki terkenal menjadi begitu digemari. Selain karena banyak orang mencoba mencari alternative makanan sehat, banyak juga yang mulai melirik profesi menjadi seorang koki atau sebutan kerennya, chef.

Sudah tidak asing lagi bahwa profesi koki atau chef saat ini begitu menjanjikan. Banyak para koki yang menjadi selebrity karena tayangan televisi mereka menjadi hit, namun tidak jarang yang sukses karena resep dan masakannya yang sangat memanjakan lidah.

Majalah Forbes telah mendaftarkan koki paling kaya di dunia, di urutan pertama muncul nama Rachel Ray. Wanita yang memiliki 4 program masak-memasak di beberapa televisi ini memiliki pengtinjauanan 18 juta dolar.

Berikut ini adalah daftarnya
Rachel Ray
Siapa yang tak kena dengan Rachel Ray?. Ibuh rumah tangga ini boleh dibilang ibu paling terkenal di antara ibu-ibu arisan di Amerika. Kemampuanya memasak dan mengatur rumah tangga menjadikanya anyak dikontrak untuk membawakan acara-acara televisi bertema rumah tangga di Amerika, dan salah satunya tentu saja, Memasak.
http://hermawayne.blogspot.com
 
Wolfgang Puck
Di belakang nama Rachel Ray, ada seorang koki pria bernama Wolfgang Puck dengan pengtinjauanan 16 juta dolar pertahun. Koki kelahiran Austria ini memasuki dunia koki selebrity dari the ritzy Los Angeles Restourant di tahun 1982.
http://hermawayne.blogspot.com

Gordon Ramsay
Pengtinjauanan 7,5 juta dolar per tahun. Koki asal Inggris ini memiliki restoran sendiri yang berada di London, New York dan Dubai.
http://hermawayne.blogspot.com

Nobuyuki Matsuhisa
Pengtinjauanan 5 juta dolar per tahun. Koki dengan spesialisasi shusi ini memulai karirnya sebagai pemotong ikan di Tokyo, Peru, Argentina dan Alaska. Sekarang Nobuyuki menjadi rekanan atas kepemilikan 17 restoran Nobu di seluruh dunia.
http://hermawayne.blogspot.com

Alain Ducasse
Koki asal Perancis ini adalah pemilik kerajaan resto, dengan 22 restoran yang membentang dari Tokyo hingga Paris. Menurut catatan Majalah Forbes, Ducasse memiliki pengtinjauanan 5 juta dollar per tahunnya.
http://hermawayne.blogspot.com

Paula Deen 
Ratu makanan dari daerah Selatan Amerika ini menangani 2 acara masak memasak dengan penuh keibuan. Penonton setianya terus bertambah hari demi hari, tidak hanya itu, buku resepnya, memoir dan juga majalahnya, semuanya masuk dalam deretan best seller.
http://hermawayne.blogspot.com

Mario Batali
Pria ini drop out dari sekolah kuliner. Namun Batali tidak menyerah begitu saja, ia kini dikenal sebagai master makanan Italia dan memiliki 13 retoran di New York, Los Angeles dan Las Vesgas. Pengtinjauanannya pertahun mencapai 3 juta dolar Amerika.
http://hermawayne.blogspot.com 
sumber
Read More..

Ahli MCA letak jawatan peringkat kampung dan negeri esok

Minggu, 16 Februari 2014

  • Bernama
  • Malaysiakini Mei 7 2013
 
Ahli MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.
    
Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.
    
"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini... ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri) semua akan letak (jawatan).
    
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
    
Beliau berkata ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota Exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan pendirian itu.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
    
Selepas PRU12, dua anggota MCA Melaka dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dengan Datuk Seet Har Cheow sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO serta Gan sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.
    
Seet yang merupakan bekas Adun Klebang bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 manakala Gan kalah kepada calon DAP Goh Leong San di DUN Duyong dengan majoriti 205 undi.
    
Dalam PRU13, MCA bertanding di tujuh DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.
    
Di IPOH, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum Ahad lepas, berkata beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri jika ditawarkan.
    
Dr Mah, satu-satunya Adun BN daripada MCA di Perak, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai dan diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu sebelum ini.
    
"Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti... saya tidak akan terima (sebarang jawatan).
    
"Agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.
    
Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya.
    
- Bernama
Read More..

Si Kecil Yang Tidak Pernah Tidur Serta Tidak Dapat Melihat

Sabtu, 15 Februari 2014

Sheffield, United Kingdom, Wajahnya selalu tampak ceria kerana senyuman kerap mengukir dari bibirnya. Tapi siapa yang menyangka bahawa kanak-kanak manis ini ternyata tidak pernah tidur, tak boleh bercakap, melihat dan berjalan.

Rio vicary (1 tahun) menderita Angleman ‘s Syndrome (AS), penyakit genetik jarang ditemui membuatnya tak pernah tidur, tidak boleh berjalan dan bercakap. Namun dengan segala keadaannya, Rio masih berjaya tersenyum lebar setiap hari untuk orang tuanya.

Anak kecil berani ini didiagnosis ketika usianya baru 2 minggu dan harus menghabiskan sebahagian besar hidupnya di rumah sakit, tempat ia dipantau oleh sedozen perunding.Selain Angleman ‘s Syndrome, Rio juga mengalami albino yang telah membuatnya tak boleh melihat.

Walaupun begitu, ia sangat menyukai cahaya dan menikmati muzik.Rio mendapatkan rawatan khusus di Sheffield Children ‘s Hospital, United Kingdom, di mana ia telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya yang singkat sejak penyakit langka tersebut terdiagnosis.“Kerana Rio tidak tidur dan ingin bermain sepanjang waktu rehat, kami mendapatkan tiga malam dalam seminggu.

Tanpa itu, saya tidak berfikir akan boleh mengatasinya,” jelas ibunya, Gemma (27 tahun), seperti dipetik Dailymail, Sabtu (14/7/2012 ).Rio kini dilengkapi dengan tracheostomy, iaitu tiub dimasukkan ke lehernya.

Hal ini dilakukan kerana Gemma pernah mengalami kejadian yang mengerikan, saat ia harus mengambil tindakan cepat untuk menyelamatkan nyawa anak lelakinya yang tersedak.Tiub juga merupakan benda yang dapat menyelamatkan nyawa Rio kerana dia batuk sepanjang masa.

Rio boleh membuat suara tapi ia tidak pernah boleh bercakap, kerana itulah salah satu gejala dari Angleman ‘s Syndrome yang juga mempengaruhi perkembangan intelektual dan menyebabkan gangguan tidur masif.

Anak-anak dengan Angleman ‘s Syndrome sering dikenal dengan sebutan malaikat, kerana wajahnya selalu ceria meski dengan pelbagai kekurangan yang dimilikinya.Keadaan ini terjadi kerana gangguan kromosom yang diwariskan dari ibu dan mempengaruhi satu daripada 25.000 anak-anak di dunia.

Anak yang dilahirkan dengan sindrom ini tampak khas saat lahir tanpa cacat besar, namun keterlambatan perkembangan menjadi jelas setelah enam bulan.Kemampuan duduk baru terjadi pada usia 12 bulan, berjalan baru pada usia 3 hingga 4 tahun.

Penderitanya juga mempunyai gangguan bertutur.Anak-anak dengan Angleman ‘s Syndrome sering tertawa dan senyum, terutama dalam menanggapi rangsangan.

Mengepakkan tangan dan hiperaktif adalah gejala umum.Dengan segala kekurangannya, anak-anak dengan Angleman ‘s Syndrome masih boleh mempunyai kesihatan umum yang baik dan hidup dengan normal.

Sumber: gilerkentang


Read More..

Palestin Sebelum ‘Ditawan’ Israel

Jumat, 14 Februari 2014


Dunia ketika ini digemparkan dengan keganasan serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
Setiap hari, semakin banyak jumlah kematian dilaporkan.
Antara yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak di mana mereka adalah golongan majoriti yang terbunuh dalam bedilan bom oleh Israel.
Sejak bertahun-tahun dahulu, umat Islam di Palestin tidak pernah berasa tenteram tinggal di negara mereka sendiri.
Terbaru, tentera Israel dalam rancangan untuk melakukan serangan darat pula.
Di sini adalah beberapa keping gambar negara Palestin dalam keadaan yang aman dan tenteram sebelum dijajah oleh Israel.
Lihatlah perbezaannya.
Semoga, kita semua umat Islam sentiasa mendoakan agar nasib umat Islam di Palestin terbela suatu hari nanti. InshaAllah.







Peta Palestin sekarang…

Read More..