Index» » » » » » » Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya

Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya

Rabu, 13 Agustus 2014


Untuk menjadi pelukis memerlukan bakat tapi jika mahu mengikut stail Leandro Granato, 27, ia memerlukan lebih daripada itu.

Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.

Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.

Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.

Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu.

Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.



Akui Granado, keluarganya menyangka dia sudah gila ketika mula-mula memberitahu mahu serius menggunakan cara ini untuk menyara hidup.

Namun lama kelamaan keluarganya sama seperti orang lain, sedar bahawa Granado telah menjadi perintis dalam memperkenalkan cara baru berkarya menggunakan teknik yang dipanggil ‘eye painting’. – REM RAMZI



Sumber: DAILYMAIL UK



1 komentar:

  1. Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Pelukis Argentina Guna Mata Untuk Berkarya >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK LP

    BalasHapus